Setiap individu pasti akan berasa rimas apabila jerawat sudah mula tumbuh si permukaan wajah. Jerawat juga mampu menjatuhkan keyakinan diri seseorang ketika berdepan dikhalayak ramai. 

Paling mengerikan apabila jerawat itu meninggalkan parut hitam. Jom kita lihat antara tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan mengembalikan kulit yang halus dan gebu.

  • Aloe Vera atau Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Ia juga bersifat lembut dan ia akan susah untuk overdose walaupun anda menggunakan ia dengan jumlah yang banyak. 

Caranya: Patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan selama setengah jam, kemudian cuci muka seperti biasa.

  • Baking Soda

Bahan ini mempunyai banyak kegunaannya dan salah satunya adalah untuk meghilangkan parut jerawat. Baking soda juga dapat menyerap masuk ke dalam pori kulit untuk membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan terlalu cair! Lumurkan campuran ini ke kawasan yang mempunyai masalah. Pastikan anda cuci muka dengan menggunakan moisturizer selepas membasuhnya

  • Minyak kelapa dara

Ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.

Caranya: Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

  • Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Semua bahan yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya: Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

  • Madu

Madu merupakan raja segala makanan tetapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang sudah diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ini tidak akan jadi.

Caranya: Ambil sedikit madu lebah asli untuk urutkan pada kulit muka dengan lembut. Jangan terlalu banyak. Biarkan ia seketika, tidak perlu bilas. 

  • Ubi Kentang

Ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. 

  • Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. 

Caranya: Tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. 

Semoga apa yang dikongsikan oleh kami di SURIAfm dapat membantu anda yang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat. 

SELAMAT MENCUBA! 🙂

Sumber : mamalink

Tell us how do you feel about this article.
20 people reacted to this.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!