Nampaknya perayaan Tahun Baru Cina semakin dekat dan seperti biasa banyak hotel dan restoran seluruh Malaysia sudah pun mula mempromosikan hidangan khas buat makan malam keluarga yang diadakan malam menjelang hari pertama perayaan tersebut.

Antara hotel yang turut serta menyediakan sajian enak Tahun Baru Cina ini adalah Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur.

whatsapp-image-2018-02-09-at-11-44-01-am

Dengan menyajikan pelbagai menu menarik dalam beberapa set, para pengunjung boleh menikmati makanan khas Cina yang menggunakan ramuan halal sepenuhnya. Di antara sajian yang ada sudah tentulah salad Yee Sang, sup makanan laut, udang galah goreng dalam salutan telur asin, ikan merah dengan sos masam manis, ayam panggang, sayur-sayuran dan banyak lagi.

whatsapp-image-2018-02-09-at-11-44-01-am-3

Jika anda penggemar makanan Cina dan mencari yang halal, inilah peluang anda.

Pakej makan malam ‘reunion dinner’ ini berharga RM1188 untuk 10 orang dan boleh mula dinikmati daripada 8 Februari hingga 12 Mac 2018.

Makan malam bermula jam 6 petang  di Coffee House tingkat 9 hotel Sunway Putra. Bagi tamu yang inginkan suasana yang lebih peribadi boleh mengadakan makan malam khas di ruangan tertentu atas permintaan.

whatsapp-image-2018-02-09-at-11-44-01-am-1

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!