Bila kita bercakap mengenai pakaian dalam wanita, keselesaan merupakan perkara yang paling penting khasnya kala memakai bra atau coli. Ia harus mendatangkan keyakinan dan juga keselesaan buat kaum hawa. Coli tanpa wayar tidak seharusnya memberikan kesan yang negatif kepada pengguna sehingga meninggalkan tanda merah pada bahu atau sebarang lebam di bahagian badan sekitar payu dara.

Oleh itu buat pertama kalinya, terdapat coli khas yang membuatkan pengguna berasa ringan dan bebas ketika memakainya! Kini wanita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada coli yang ketat dan tidak selesa dengan adanya coli terbaru dalam koleksi musim Bunga dan musim Panas Sloggi’s ZERO Feel 2018!

Dengan wujudnya ZERO Feel ini ia dapat membantu wanita di luar sana untuk tampil yakin dan juga selesa daripada coli tradisional yang lebih kerap menggunakan coli berwayar yang agak ketat dan boleh mendatangkan kesakitan kepada payu dara wanita.

Dengan lebih daripada 1.75 juta keping yang dijual di Jepun sejak pengeluaran pertamanya, Sloggi’s telah menghasilkan coli yang benar-benar sesuai untuk wanita zaman ini dan dapat memberikan bentuk payu dara yang diinginkan. ZERO Feel menggunakan teknologi yang unik di mana ia menawarkan kelembutan yang luar biasa dengan 360 ° daya ketegangan bagi memudahkan si pemakai bergerak, serta tiada sebarang label ataupun jahitan yang kasar yang membuat kulit si pemakai menjadi kasar.

Koleksi ini bukan sahaja membantu wanita moden untuk melegakan tekanan bahu malah meningkatkan keselesaan semasa memakainya. Reka bentuk ini juga membolehkan kestabilan maksimum dan memberikan kesan yang selesa buat badan si pemakai. Walaupun ia sangat fleksibel dan mudah renggang, bahan kain yang digunakan akan tetap mengekalkan bentuk coli tersebut tanpa melentur atau bergulung dan masih boleh dicuci menggunakan mesin basuh.

Terdapat dua gaya untuk koleksi pakain dalam ini iaitu stu yang berbentuk bulat dan satu lagi berbentuk V. Malah, seluar dalam juga boleh didapati dalam bentuk ‘hipster’ . Rangkaian ini boleh ditemui dalam lapan warna yang bergaya, termasuk warna hitam, ‘peanut butter’, ‘grise’, ‘laguna’, ‘pink grapefruit jam’, ‘lovely orange’, ‘lilac’ dan ‘deep-sea blue’. Size untuk coli ini juga tersedia dari saiz paling kecil hinggalah yang terbesar. Koleksi Musim Baru 2018 ZERO Feel ini sudahpun dilancarkan pada 15 Mac 2018 dan boleh didapati di kebanyakan gedung membeli-belah terbesar di Malaysia.

sumbangan : Fiera Rahim

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!