Setiap individu pasti ada mengalami masalah liang pori besar disekitar wajah kan? Alaa jangan malu untuk mengaku sebab admin pun salah seorang yang mengalami masalah seperti ini.

%255bunset%255d

Haa yang masih mencari jalan penyelesaian untuk masalah liang pori, apa kata anda cuba satu petua ini!

5

Tak perlu wang yang banyak untuk ke spa mahupun membeli produk-produk kecantikan yang mahal. Baik simpan sahaja duit itu untuk kegunaan lain.

156577_293517530740029_2010526199_n

Apa yang anda perlukan adalah:

  • Satu biji buah pisang
  • Satu sudu teh yogurt (guna yang natural punya tau!)
  • Satu sudu teh madu

Okay semua bahan sudah disediakan? Jom kita mulakan misi seterusnya!

  • Campurkan kesemua bahan diatas dan kacau sehingga sebati
  • Sapukan pada wajah anda secara lembut, jangan kasar-kasar!
  • Biarkan ia kering dengan sendiri ye
  • Basuh bersih-bersih dengan menggunakan air suam
  • Keringkan wajah dengan tuala bersih
  • Sapukan toner di wajah anda dengan cara sapuan keatas

Haaa macam mana? Senang sahajakan? Ingat, amalkan sekali seminggu sahaja! Jangan melebih-lebih pula tau.

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!