Setiap individu pasti pernah mengalami mimpi tidak kira buruk ataupun baik dan ada juga yang beranggapan bahawa mimpi itu sebenarnya hanyalah mainan tidur tetapi tidak kurang juga yang percaya  mimpi itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat.

Artikel kali ini tentang mimpi pasangan anda curang. Haa pernah tak dapat mimpi macam ini? Mesti ada punya bagi yang sudah berpasangan.

giphy

Betul ke kalau mimpi pasangan curang itu bermaksud pasangan anda sememangnya sedang main kayu tiga dibelakang anda? Jeng jeng jeng! Jom kita lihat sejauh mana kebenarannya!

Menurut penelitian Dylan Selterman dari University of Maryland, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Setiap orang boleh mengalami mimpi seperti ini.

Bukan itu sahaja, seorang pakar psikologi Ian Wallace juga menjelaskan bahawa punca sebenar anda mimpi seperti ini adalah kerana rasa percaya terhadap pasangan mula hilang dan tanpa disedari sebenarnya anda terlalu risau jika pasangan kamu tidak bahagia bersama anda sehingga terbawa-bawa ke tidur.

Ada sesetengah kajian membuktikan kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini adalah wanita kerana mereka sering berfikiran ‘luar dari kotak’ apabila bercakap tentang kekasih hati.

So moral of the story, sebenarnya mimpi itu tidak bermakna apa-apa dan tidak perlu terlalu serius jika anda mendapat mimpi sebegitu.

Sumber : Remaja