the-fleming-extra-large-size-king-bedroom_1

Tersergam indah di bandaraya Hong Kong, The Fleming merupakan sebuah hotel butik yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai hotel butik yang popular, The Fleming berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

the-fleming-facade

Terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya Hong Kong, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen MTR Wan Chai. Cuma duaminit sahaja perjalanan dari stesen MTR tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Diperhebatkan lagi dengan senireka dalaman bangunan hotelnya yang sangat unik dan terinspirasi dari era 60-and dan 70-an, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari hotel ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca hotel ini.

the-fleming-lobby-and-check-in-area

Dengan 66 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Hong Kong dengan penuh gah.

Biliknya juga sangat menarik dan bergaya, apatah lagi dengan peralatan terkini seperti telefon bimbit dengan kemudahan wi-fi yang boleh dibawa keluar bilik untuk pelbagai kegunaan. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet selain TV berjenama Apple.

whatsapp-image-2018-02-05-at-11-54-52-2

Ia juga mempunyai sebuah gimnasium iaitu Goji Studios, untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan Osteria Marzia tempat untuk menjamu selera dan menikmati sarapan terbaik .

whatsapp-image-2018-02-05-at-11-54-52

food-spread-3

panna-cotta

Tidak jauh dari hotel ini juga adalah Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong serta kawasan membeli-belah terkenal Causeway Bay. Sekitar 10 minit perjalanan kaki dari hotel itu pula terdapat restoran halal Islamic Centre Canteen dan juga Wai Kee, ini memudahkan pelancong yang beragama Islam untuk mencari makanan.

the-fleming-osteria-marzia-restaruant-view-looking-at-entrance

whatsapp-image-2018-02-05-at-11-54-53-4

Semua ini juga menyenangkan para tamu yang ingin mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik di Hong Kong, singgahlah di The Fleming kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!