Mesti ada diantara anda yang pernah mengalami masalah telinga berdesing secara tiba-tiba kan? Selalunya kalau orang tua-tua kata telinga berdesing ni petanda ada daun dari pohon Luh Mahfuz gugur dan terkena daun yang tertera nama kita.

Itu orang tua-tua katalah tetapi kalau difikirkan dari segi kesihatan pula, telinga berdesing ini adalah petanda beberapa faktor kesihatan yang anda tidak boleh mengambil sambil lewa.

ear-hurt-min

Antara faktor-faktornya adalah:

Korek Telinga!

Setiap hari, akan terhasil sejenis cecair lekit di dalam telinga dan semakin hari kalau tidak dibersihkan ia akan semakin bertambah membuatkan telinga tersumbat sehingga menggangu pendengaran normal seseorang.

Kecederaan Pada Kepala

Haa kemungkinan kepala anda terhantuk sehingga mencederakan fungsi dalaman kepala (gegaran). Antara simptom gegaran otak atau kepala adalah seperti pening, sakit kepala dan loya. Jadi, sila pakai peranti keselamatan seperti topi keledar mahupun pelindung kepala ketika bermain sukan ekstrem atau ketika melakukan aktiviti di tempat-tempat berisiko contohnya di tapak pembinaan.

Kerosakan Saraf Rahang

TMJ atau “temperomandibular joint” adalah sejenis masalah saraf yang berlaku pada bahagian rahang yang bersambung kepada tengkorak seseorang manusia. Ianya bukanlah di dalam telinga tetapi pesakit kebiasaannya akan mendengar secara tidak normal.

Pengambilan Pil Ubat-Ubatan

Adakalanya pengambilan sesetengah pil ubat-ubatan akan menyebabkan telinga berdesing atau nama saintifiknya digelar “tinnitus”. Antara ubat yang sering dikaitkan dengan punca telinga berdesing adalah antibiotik, pil anti-kemurungan serta ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan.

Terlampau Stress

Terlalu stress juga boleh menyebabkan telinga berdesing tau! Kalau emosi anda terganggu, malah masalah itu terus berlarutan, kemungkinan ia akan menyebabkan “tinnitus”.

Pertumbuhan Tulang Dalam Telinga

Terdapat bahagian tulang di dalam telinga akan tumbuh yang dikenali sebagai “otosclerosis”. Selalunya ia berlaku pada individu yang berusia pertengahan 30an. Pertumbuhan tulang abnormal itu lah yang menyebabkan telinga berdesing malah dalam kes-kes lain, telinga juga boleh menjadi pekak.

Berhubung Kait Dengan Penyakit Lain

Lekas berjumpa doktor jika telinga anda berdesing, ia mungkin petanda kepada kewujudan penyakit-penyakit lain yang anda tidak tahu. Antara penyakit yang berhubung kait dengan masalah telinga berdesing adalah tekanan darah tinggi, ketumbuhan bukan kanser, alergik serta kencing manis.

Sering Mendengar Sesuatu Dengan Kuat

Ia biasanya akan berlaku kepada individu yang suka mendengar secara kuat seperti mendengar radio secara kuat. Elak mendengar muzik secara kuat, beringat untuk perlahankan suara earphone atau headphone anda tu okay?

Sumber : Wanista

Tell us how do you feel about this article.
12 people reacted to this.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!