Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 10th, 2017          |          Kategori : Terkini

Gegarvaganza 4 Gabung Peserta 3 Negara

whatsapp-image-2017-10-10-at-4-55-34-pm

Program realiti nombor 1 di Malaysia, Gegarvaganza kini kembali untuk musim yang keempat.

Setelah menempa kejayaan pada 3 musim yang lalu, kali ini buat pertama kalinya Gegarvaganza mengambil peserta dari Indonesia dan Singapura.

Peserta itu adalah Ferhad dari Singapura dan Firman dari Indonesia.

Seperti biasa 12 peserta dipilih melibatkan 6 lelaki dan 6 wanita.

Antara peserta lelaki yang terlibat untuk musim kali ini ialah Aqasha, Lan Kristal, Hazami dan Tia dari kumpulan Jimbara.

whatsapp-image-2017-10-10-at-4-55-36-pm

Manakala peserta perempuan pula dibarisi oleh Aishah, Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura.

Pengacara pula masih kekal di tangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse begitu juga dengan juri tetap iaitu Dato Ramli MS.

Jangan lupa untuk menonton Gegarvaganza musim keempat bermula 29 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam ni Astro Ria dan Ria HD.