Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 11th, 2017          |          Kategori : Terkini

Halim Masih Ada

Semalam Suria telah memperkenalkan penyampai terbaru iaitu pelawak dan pengacara popular Shahrol Shiro.

Shahrol ditugaskan sebagai penyampai segmen Suria Pagi menggantikan Halim Othman yang sebelum ini mengendalikan segmen itu bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali.

19959070_1460353800689897_8265070560505258596_n

Selepas pengumuman itu dibuat, ramai yang menyangka bahawa Halim Othman akan meninggalkan stesen Suria.

Namun perkara itu adalah tidak benar kerana Halim Othman masih bertugas sebagai penyampai Suria dan akan mengendalikan segmen Grandstand Suria dan satu lagi segmen baru yang akan diperkenalkan.

18765789_1407885315936746_535665628870294464_nRuangan komen di media sosial rasmi Suria dibanjiri dengan pertanyaan kemanakah Halim Othman? Ramai yang sedih andai Halim Othman meninggalkan Suria.

Wah! nampaknya ramai juga yang sayangkan abang Halim kita ya! Kalau sayang kena la dengar segmen kendalian abang Halim okay?

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.