Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 9th, 2017          |          Kategori : Terkini

Have A Lovely Time In Kajang Prison Darling – Maria Farida

Pelakon jelita, Datin Maria Farida kini mampu menarik nafas lega apabila beliau telah menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya.

Maria telah memuatnaik gambar beserta kapsyen mengucapkan rasa syukur selepas dua tahun dirinya difitnah oleh bekas isteri suaminya yang dikenali sebagai Hadijah Mokhtar.

screen-shot-2017-11-09-at-12-51-16-pm

Dalam kapsyennya itu juga Datin Maria sempat menulis ayat yang berbunyi “have a lovely time in Kajang prison darling”.

Maria sewaktu dihubungi berkata, sepanjang dua tahun dirinya dan keluarga difitnah sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.

“Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

“Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini,” katanya.

screen-shot-2017-11-09-at-12-51-31-pm

Kata Maria, dia juga akan mengemukan tuntutan ganti rugi terhadap Hadijah dan dokumentasi mengenai perkara itu sedang diuruskan oleh pihak peguamnya.

Dalam pada itu, Maria berkata, mahkamah juga memerintahkan Hadijah menjalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.

Kata Maria, dia berharap hukuman dan keputusan dikeluarkan mahkamah menjadi pengajaran kepada wanita itu dan tidak lagi menggangu hidupnya selepas ini.

SURIA doakan semoga Datin Maria dan keluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang selepas ini.

Sumber : MStar Online