Guru merupakan salah satu profesion yang paling mulia. Tugas mendidik bukanlah mudah. Segala pengorbanan serta curahan ilmu dari seorang guru tersangatlah berharga.

Sempena dengan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei di Malaysia, SURIA senaraikan selebriti yang pernah dan masih bergelar guru.

1. Adibah Noor

Sebelum bergelar seorang penyanyi dan pelakon, Adibah Noor merupakan seorang guru Bahasa Inggeris selama 10 tahun. Jadi tidak hairanlah kenapa penguasaan Bahasa Inggeris Adibah sangat baik.

2.Dato Seri Vida

Sebelum bergelar jutawan dan usahawan berjaya sehingga mampu mengeluarkan ‘single’ I Am Me, Dato Seri Vida merupakan seorang guru sekola selama 12 tahun. Untung siapa yang pernah menjadi anak murid DSV. Pasti terhibur!

3.Shah Iskandar

Aktor kacak dari Singapura ini merupakan bekas guru di sekolah pendidikan khas sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang lakonan. Mesti Shah seorang yang penyabar dan penyayang kan?

4.Ana Rafalli

Bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ini merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Kata Ana beliau sangat suka mejadi seorang guru dan tidak terfikir untuk meninggalkan kerjaya itu dalam masa terdekat.

5.Syed Shamim

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum yang penyanyi Syed Shamim merupakan seorang guru. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Johor. Mesti murid tak nak ponteng sekolah kalau dapat cikgu yang comel dan pandai menyanyi macam Syed Shamim kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!