Superstar Bollywood Aishwarya Rai Bachchan akhirnya telah akur dengan kuasa media sosial apabila beliau telah membuka akaun Instagram setelah sekian lama ditunggu oleh peminat.

Sebelum ini Aishwarya sering berpendapat bahawa beliau tidak akan mempunyai sebarang akaun media sosial kerana kesan negatifnya.

Namun ternyata segalanya berubah dan Aishwarya terpaksa akur dengan perkembangan arus semasa di mana mempunyai akaun media sosial antara perkara terpenting untuk lebih dekat dengan peminat.

Akaun yang baru dibuka 2 hari lalu itu telah mengumpul lebih dari setengah juta pengikut dalam masa tidak sampai 24 jam.

Pembukaan akaun Instagram Aishwarya yang menggunakan nama @aishwaryaraibachchan_arb adalah sempena 17 tahun penglibatannya dalam festival filem Cannes.

Biarpun baru 2 hari membuka akaun Instagram, namun Aishwarya dilihat begitu aktif memuatnaik gambar-gambarnya termasuklah gambarnya bersama pelakon Hollywood Helen Mirren.

Aishwarya turut mengabadikan gambar dirinya bersama anaknya Aradhya sebagai gambar pertama yang dimuatnaiknya berserta kapsyen ‘And I Was Born Again’.

Peminat-peminat Aishwarya di seluruh dunia nyata gembira dan teruja kerana akhirnya bintang kesayangan mereka memiliki akaun rasmi Instagram.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!