‘Comeback’ Fitri Haris yang dulunya salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC ternyata membuahkan hasil apabila dia telah dinobatkan sebagai Juara Gema Gegarvaganza Musim kedua (GGV2) pada malam sabtu lalu.

Fitri telah berjaya menewaskan lima lagi peserta yang lain dengan perbezaan markah sebanyak 0.27 % dihadapan naib juara iaitu Adeep Nahar.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Awi Rafael, tempat keempat disandang oleh kumpulan In Team, tempat kelima gandigan duo Heliza dan Hazwani Helmi dan tempat keenam menjadi milik kumpulan Brothers.

Sebagai juara, Fitri membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beseeta kontrak bersama digital radio aplikasi Raku bernila RM150,000.

Persaingan sengit di antara Fitri dan Adeep memang sering menjadi bualan peminat GGV2 kerana mereka berdua sering memberikan persembahan yang mantap setiap minggu dan sering disebut-sebut sebagai bakal juara.

Namun rezeki ternyata menjadi milik Fitri apabila dia yang telah dinobatkan sebagai juara GGV2.

Sebelum ini Fitri sempat hilang beberapa tahun dari industri muzik tempatan selepas menyambung pengajian di luar negara.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Fitri dan semua pemenang. Semoga perjalanan karier Fitri sebagai penyanyi terus berkembang mekar selepas ini. Fitri punya pakej lengkap sebagai seorang penyanyi yang boleh dijadikan idola kepada belia kita. Berpendidikan tinggi, bersuara merdu dan wajah yang tampan apa lagi yang diperlukan oleh seorang selebriti bukan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!