Pelakon jelita Datin Maria Farida mengakui beliau tidak mempercayai serta tidak memerlukan suntikan atau pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik.

Biarpun sudah menjengah usia 40-an, Datin Maria masih kelihatan jelita dan mantap seperti anak dara.

“Saya tak pernah buat sebarang suntikan atau pembedahan kosmetik dan saya rasa saya tidak akan buat pun” jelasnya.

Kata Datin Maria lagi, beliau juga tidak memerlukan sebarang krim atau suplemen untuk memutihkan kulit kerana dirinya memang sudah semula jadi memiliki kulit yang cerah.

Ditanya bagaimana beliau menjaga serta mengekalkan kejelitaannya di usia sebegini, kata Datin Maria dia sentiasa positif.

“Kita kena happy kan diri. Buang segala perkara negatif. Jika ada perkara yang boleh mengganggu emosi, buang jauh-jauh”, ujarnya.

Sinonim dengan wajah ‘pan asia’ yang jelita, Datin Maria kini muncul dengan produk kosmetik dibawah jenamanya sendiri yang diberi nama MF Cosmetique.

Kata Datin Maria, beliau terpaksa berehat selama setahun dari dunia lakonan semata-mata mahu menumpukan perhatian untuk bisnes yang diceburinya ini.

Ditanya kenapa memilih alat solek sebagai pilihan utama, kata Datin Maria alat solek sudah sinonim dengan dirinya dan juga wanita.

“Salah satu sebab saya pilih kosmetik dan bukan suplemen atau sebagainya adalah kerana anda tidak perlu tunggu lama untuk melihat kesannya. Jika anda makan suplemen, mungkin anda kena tunggu beberapa ketika untuk melihat hasilnya. Tetapi alat solek anda terus boleh nampak hasilnya selepas pakai”, terangnya.

Mengambil inspirasi wanita timur tengah seperti Huda Khatan, MF Cosmetique menawarkan warna-warna yang sinonim dengan wanita timur tengah.

Lebih menarik di dalam satu palet terdapat semua kelengkapan bersolek seperti bedak kompak, pembayang mata, pemerah pipi, penggaris mata, perwarna bibir serta berus untuk bersolek.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Datin Maria Farida.

Tell us how do you feel about this article.
36 people reacted to this.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!