Pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen kerana fesyen yang digayakannya.

Sewaktu menghadiri majlis fesyen ke ibu kota anjuran laman sesawang gaya hidup STAIL.MY, Neelofa telah memakai pakaian ‘oversized’ berwarna jingga yang digayakan dengan beg besar di pinggang.

Gaya luar biasa itu lantas menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh netizen yang rata-ratanya mengecam gaya itu.

Ada yang berpendapat gaya Neelofa seperti seorang konduktor bas, ada pula yang berpendapat seperti penjual burger.

Namun bagi pencinta fesyen pula, gaya Neelofa pada malam itu dipuji kerana berani tampil dengan kelainan dan mengikut fesyen semasa.

Tapi sudah lumrah menjadi orang cantik dan popular, pakai apa pun pasti ada suara-suara yang akan berkata-kata sama ada baik atau pun buruk.

Tell us how do you feel about this article.
32 people reacted to this.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!