Gempar di media sosial apabila pelakon wanita popular, Uqasha Senrose yang juga kakak kepada dua pelakon popular ditahan di balai polis akibat memiliki barang terlarang.

Uqasha ditahan selepas terbabit dengan kemalangan yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail.

Sewaktu kejadian itu, Uqasha dikatakan berada di dalam keadaan khayal sehingga melanggar sebuah kereta.

Apabila tiba di balai polis, polis memeriksa beg tangan Uqasha dan menemui 6 keping pembalut aluminium berwarna merah yang mengandungi 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660.

Namun Uqasha telah dibebaskan selepas hasil saringan ujian air kencingnya negatif dadah.

Uqasha telah menutup ruangan komen di Instagramnya selepas berita mengenai penahanannya tersebar meluas di media sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!