Biarpun dihimpit kontroversi yang bagaikan mengganas semenjak mendirikan rumah tangga, namun rezeki pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude tidak putus.

Terbaru Izreen dilantik menjadi duta untuk produk pencuci muka. Ini menunjukkan bahawa kontroversi yang selama ini melanda dirinya tidak menyekat rezekinya.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan ini. Banyak kali juga saya tanya pada pengasas produk tentang pemilihan saya sebagai duta. Namun mereka okay sahaja. Malah mereka mahu saya bangkit bersama mereka”, ujarnya.

Begitu juga dengan Ude, katanya selepas ini dia akan sibuk dengan program-pogram muzikal termasuklah program besar hujung tahun ini.

Mereka berdua juga tidak sabar untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan nanti memandangkan ini adalah kali pertama mereka berpuasa sebagai pasangan suami isteri.

Semoga Izreen dan Ude bahagia hingga ke Jannah disamping anak-anak tersayang.

Izreen berkahwin dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30 pada 8 Ogos tahun lalu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!