ock-from-l-r-myo-jimmy-amber-jack-wawa-naem

Setelah bertahan selama 10 tahun dalam industri muzik tanahair, kumpulan rock alternatif Malaysia, Oh Chentaku (OCK), meraikan semangat perjuangan indie mereka dengan pelancaran single Bahasa Inggeris terkini berjudul, “Anugerah Of The Year”.

Lagu in merupakan ‘single’ pertama dari album ke-4 mereka yang bakal dilancarkan tahun ini dibawah label sendiri, Oh Chentaku Records. Pencipta lagu dan lirik, single tersebut adalah penyanyi utama OCK, Myo dan lagu ini merupakan sindiran nakal terhadap situasi industri muzik tanah air.

Video Muzik, yang akan dilancarkan sejurus selepas, telah diterbitkan dan diarahkan oleh Myo sendiri. Video tersebut memberi tumpuan kepada kekuatan OCK dalam memberi persembahan yang dinamik dan bertenaga. Keistemewaannya adalah penglibatan pasukan aksi lasak dan solekan “special effects” yang digunakan dalam industri perfileman.

Muzik OCK tidak mengambil kira umur, bangsa atau agama, tetapi mempunyai identiti tersendiri dan stail rock OCK yang meraikan semangat “rock and roll” muda-mudi.

Pada mulanya penulisan lagu hanya dilakukan oleh ketua kumpulan dan pengasas band, Myo, tetapi dalam album terkini, ahli kumpulan yang lain; Naem, Amber, Jimmy, Jack dan Wawa turut memainkan peranan yang penting dalam susunan dan perangkaan lagu-lagu baru tersebut. Kesemua anggota kumpulan ini mempunyai citarasa lagu berentak Rock yang agak berlainan yang merangkumi rock n roll, hard rock, metal termasuk lagu rentak akustik yang lebih mencengkam jiwa dan perasaan pendengar, diiringi bait lirik yang menusuk kalbu. Citarasa ini membawa satu kolaborasi rock yang agak unik pada susunan muzik OCK.

Selama penglibatan 10 tahun mereka ini, OCK yang dikenali dengan persembahan pentas yang dinamik telah gigih mendekati peminat-peminat melalui persembahan di seluruh tanahair. Melalui pengalaman berinteraksi dengan penonton dan sikap terbuka terhadap peningkatan bakat mereka, OCK telah memikat hati peminat dan mendapat penghormatan rakan sebaya industri muzik.

Rancangan Oh Chentaku untuk tahun 2018 ini adalah menumpukan perhatian dan tenaga kepada pelancaran album baru dan siri jelajah ke seluruh Malaysia dan kawasan serantau.

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!