Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila gambar anak kepada pelakon Kazar yang  sedang mencium seorang lelaki tersebar.

Anak Kazar iaitu Ira yang sebelum ini pernah tular kerana bergelek sakan di dalam sebuah video sekali lagi dihimpit kontroversi apabila gambarnya mencium seorang lelaki yang merupakan sepupunya dikecam netizen.

Tempiasnya pasti terkena kepada ayahnya iatu Kazar sendiri apabila dikatakan tidak pandai menasihati anak.

Kazar sewaktu ditemuramah di dalam rancangan Melodi berkata beliau sudah menasihati anaknya namun kadang-kadang anak-anak tidak suka mendengar nasihat dari ibu bapa sendiri.

“Anak-anak sebenarnya tak suka dengar nasihat dari ibu bapa. Sebelum ini orang cakap saya suka nasihat orang. Saya suka nasihat anak orang, jadi saya harap orang boleh nasihat anak saya.

Mereka ni kena orang lain bagi nasihat, saya muda-muda dulu pun kena orang lain bagi nasihat. Saya selalu pesan tak apa jadi jahat  tapi jangan melampau-lampau.

Manusia ni tak suka orang bagi nasihat, dia kena berkias-kias”, jelasnya.

Ditanya adakah beliau bersedih dengan kejadian yang berlaku, katanya perkara ini pasti akan berlalu dan menjadi sejarah dan satu masa nanti anaknya pasti akan berkahwin.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!