Selebriti terjun ke dunia politik bukan lagi sesuatu yang baru. Malah ada beberapa selebriti terkenal di seluruh dunia yang telah beralih arah ke dunia politik.

Tahun ini sempena Pilihan Raya Umum ke 14, selebriti sensasi Malaysia iaitu Azwan Ali telah membuat keputusan untuk bertanding di kawasan Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas.

Penyertaan Azwan dalam dunia politik dilihat mungkin bakal menjadi pembuka jalan kepada selebriti-selebriti lain untuk terjun ke dunia politik.

Pengaruh selebriti yang besar dilihat sebagai antara salah satu faktor yang baik untuk mereka meraih undi.

Jadi tidak hairanlah kenapa Donald Trump yang terkenal dengan rancangan realiti The Apprentice telah berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

SURIA senaraikan antara selebriti di seluruh dunia yang pernah terjun ke dunia politik :

Donald Trump

Sebelum bergelar Presiden Amerika Syarikat, Trump merupakan seorang usahawan berjaya dan juga personaliti televisyen yang terkenal dengan rancangan The Apprentice. Kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat telah mengejutkan seluruh dunia.

Arnold Schwarzenegger

Pelakon Hollywood yang popular dengan francais filem Terminator ini mula terjun ke dunia politik sebagai Gabenor pada tahun 2003 bagi menggantikan Gebenor sebelumnya. Pada tahun 2006 beliau sekali lagi dipilih untuk terus berkhidmat sebagai Gabenor secara penuh. Selepas tamat dua penggal, Arnold kembali ke Hollywood sebagai pelakon.

Amitabh Bachchan

Pelakon popular Bollywood ini pernah berehat sebetar dari dunia penuh glamor Bollywood pada tahun 1984 untuk terjun ke dunia politik. Namun beliau telah meletak jawatan 3 tahun selepas itu kerana telah terpalit dengan skandal.

Manny Pacquiao –

Peninju terkenal dunia yang berasal dari Filipina ini telah terjun ke dunia politik pada tahun 2010. Beliau kini merupakan salah seorang senator di Filipina.

Pasha Ungu

Vokalis kumpulan popular dari Indonesia iaitu Ungu ini mula menceburkan diri dalam dunia politik pada tahun 2015. Pasha telah dipilih sebagai Wali Kota ataupun Wakil Rakyat di Kota Palu Sulawesi Tengah. Biarpun sudah menjadi ahli politik, namun Pasha tetap tidak melupakan kerjaya nyanyiannya malah sempat membuat konsert di Malaysia pada tahun lalu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!