Penyampai SURIA Pagi Fizi Ali menafikan bahawa dia menangguh majlis perkahwinannya kerana bergaduh dengan tunangnya iaitu aktres Shakila Koriri.

Mereka berdua bertunang pada Julai tahun lalu dan mengikut perancangan awal, perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga 18 Februari ini.

“Bukan sebab gaduh. Kami masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Nak jumpa pun payah.

Shakila masih sibuk dengan penggambaran di Langkawi. Malah persiapan kahwin kami pun belum siap lagi kerana masing-masing sibuk.

Alamak macam mana tu Fizi? Awak tu dah nak bernikah lagi beberapa hari sahaja lagi.

Apa-apa pun SURIA sentiasa doakan kebahagiaan Fizi dan Shakila. Tak sabar dah SURIA nak makan nasi minyak Fizi ni.

Mesti kacak bergaya bila Fizi jadi raja sehari nanti kan. Shakila pula semakin cantik. Bagai pinang di belah dua. Jangan makan hati yang lain! Eh!

Tell us how do you feel about this article.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!