Ucapan sempena Hari Ibu yang dimuatnaik oleh Chef Selebriti terkenal negara Dato Fazley Yaakob kepada ibu, isteri dan ibu mertuanya telah mendapat perhatian netizen.

Umum mengetahui isteri kepada Dato Fazley iaitu Datin Azrene merupakan anak kepada bekas ‘First Lady’ Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansur.

Biarpun hubungan Dato Fazley dan ibu mertuanya dikatakan tidak berapa baik, namun beliau turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu mertuanya itu.

Katanya dalam ucapan yang panjang lebar itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Rosmah kerana telah melahirkan dan membesarkan isterinya.

Tambahnya lagi beliau turut mendoakan kesejahteraan ibu mertuanya dan berharap mereka akan bertemu satu hari nanti.

Ucapannya itu telah mendapat pujian daripada netizen kerana Dato Fazley telah membelakangkan sengketa yang berlaku di dalam perhubungannya dengan ibu mertuanya.

SURIA turut mendoakan semoga satu hari nanti keluarga ini akan bersatu semula dan hidup bahagia selama-lamanya.

Tell us how do you feel about this article.
62 people reacted to this.
Please wait...
Dengarkan Sekarang!