Nampaknya jari netizen sudah tidak mampu untuk bertahan dari tidak menaip sebarang komen tentang kes yang dikaitkan dengan pelakon Uqasha Senrose.

Semalam Uqasha telah terlibat dengan kemalangan dan di balai polis dan apabila diperiksa di dalam begnya, terdapat 53 biji dadah pil eramin.

Uqasha yang sedar dirinya bakal menjadi sasaran netizen telahpun menutup ruangan komen di Instagramnya.

Netizen yang bengang kerana tidak dapat menyerang Uqasha secara peribadi telah pergi ke Instagram adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose untuk ‘membawang’.

Pelbagai kata-kata negatif yang ditulis di ruangan komen Instagram milik Nelydia berkenaan kakaknya.

Aduh kenapalah dengan netizen ni. kesian Nelydia, bukan dia yang terbabit dalam kes dadah itu. Tak baik memburuk-burukkan kakaknya di Instagram Nelydia.

Kes ini pun masih lagi dalam siasatan. Sebelum kita menjatuhkan hukum, lebih baik kita tunggu sahaja hasil siasatan dari pihak polis.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!