Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 9th, 2017          |          Kategori : Terkini

Indah Tersingkir Kerana Undian

Semalam konsert AF Megastar menyaksikan penyingkiran peserta perempuan yang kedua iaitu Indah Ruhaila.

Indah yang membawakan lagu dari biduanita negara, Puan Sri Saloma nampaknya tersungkur di peringkat suku akhir.

screen-shot-2017-10-09-at-10-40-12-am

Namun menurut juri professional pada malam itu iaitu Dato Ramli MS dan Syafinaz Selamat, markah Indah bukanlah yang paling rendah.

Namun Indah telah menjadi mangsa penyingkiran dek undian yang kurang dari penonton.

screen-shot-2017-10-09-at-10-40-28-am

Nampaknya kuasa undian masih berkuasa untuk pentas Akademi Fantasia. Malah Amir juga terselamat dari kedudukan 3 terbawah disebabkan memiliki undian yang tinggi.

Lebih mengejutkan Syamel buat pertama kalinya berada di kedudukan 3 terbawah walaupun sering memberikan persembahan memukau sebelum ini.

Amir Jahari juga mencipta kejutan tersendiri apabila memenangi ‘Star Of The Week’ dan tidak tersenarai di kedudukan 3 terbawah.

Kredit foto : Instagram @asripalong