Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 11th, 2017          |          Kategori : Buletin

Jailangkung Ubati Kerinduan Peminat Filem Seram Indonesia

img_3754

Mungkin sudah agak lama penonton Malaysia tidak menyaksikan filem seram Indonesia di pawagam. Dan kini beberapa filem seram dari seberang mula singgah ke negara kita.

Terbaru, sebuah filem seram berjudul Jailangkung tampil dengan tema hantu  dari Indonesia sekali lagi. Dan seperti filem Jelangkung yang pernah popular 16 tahun lalu, cerita kali ini  masih berkembang dari penggunaan ‘jailangkung’ juga, iaitu sebuah alat boneka yang digunakan oleh masyarakat tradisional Indonesia untuk menyeru roh dan makhluk halus.

Membariskan para pelakon seperti Jefri Nichol, Amanda Rawles, Hannah Al Rashid dan juga Lukman Sardi, filem ini tidak lari jauh dari konsep cerita hantu yang sering dipaparkan oleh penulis layar filem-filem seram Indonesia.

img_6440

Apatah lagi, filem ini turut mendapat sentuhan pengarah filem Jelangkung yang pertama iaitu Jose Poernomo serta Rizal Mantovani.

 

Malah, filem ini telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak 2.5 juta orang sepanjang dua minggu ia ditayangkan di Indonesia.

Dan seperti kebanyakan pembikinan filem seram, ada beberapa kejadian aneh yang berlaku sewaktu penggambaran.

img_4333

“Salah sebuah lampu di set penggambaran tumbang dan menimpa Hannah Al Rashid sekaligus telah mencederakan kepalanya,” kata pelakon lelaki utama Jailangkung, Jefri Nichol yang ditemui di tayangan gala filem tersebut di Petaling Jaya baru-baru ini.

 

Selain kesan khas dan juga solekan yang sangat menyeramkan, lakonan para watak utamanya juga pasti akan disukai oleh peminat filem seram Indonesia.

Jailangkung sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Ogos!

img_6420

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini