Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 6th, 2017          |          Kategori : Buletin

Jangan Tutup Lampu Mengangkat Kisah Seram Popular

ep-1-v-1

Bermula dengan idea asal penyampai Suria, Bob Ringgo untuk mengupas fenomena paranormal dan alam ghaib, kini Jangan Tutup Lampu bukan sahaja tampil sebagai segmen yang ke udara di radio tetapi juga dalam bentuk siri video atas talian di laman sesawang Suria.

ep-5-v-1

Selama ini Jangan Tutup Lampu memberi peluang kepada para pendengar untuk berkongsi kisah-kisah seram atau mistik yang pernah mereka alami. Dan kini hasil daripada ratusan perkongsian tersebut, Suria menzahirkan beberapa kisah itu dalam bentuk visual.

ep-2-v-1

Menurut pengarah siri tersebut, Aidilfitri Mohamed Yunus, kisah seram bukanlah sesuatu yang begitu mudah untuk dizahirkan dalam bentuk visual.

ep-3-v-2

“Bagi saya “Jangan Tutup Lampu” adalah satu bentuk visual yang secara tidak langsung memperkenalkan kisah-kisah mitos hantu di negara ini. Saya berharap cereka pendek bersiri ini dilanjutkan penerbitannya sehingga kesemua mitos hantu dapat diterjemahkan dalam bentuk hiburan,” jelasnya.

jt_07_corrected_salah-satu-babak-dalam-tetamu-yang-tak-diundang

“Cabaran yang paling sukar bagi saya sebagai seorang pengarah adalah pada peringkat penulisan lakon layar itu sendiri. Bayangkan betapa sukar untuk saya memberi arah tuju buat watak hantu itu sendiri. Bagaimana untuk kita mengetahui sama ada satu entiti atau makhluk itu wujud atau hanyalah sekadar permainan minda sahaja. Pernah kita bertanya pada diri kita sendiri kenapa ‘bulu tengkuk meremang?” tambahnya lagi.

ep-8-v-1

Aidil juga memberitahu di antara kisah-kisah seram yang diangkat untuk siri ini, episod ‘Tetamu Tak Diundang’ tentang hantu Pocong merupakan kisah kegemarannya, kerana dalam pencariannya untuk mengetahui ‘Apa itu Pocong?’ dia banyak mengkaji pelbagai mitos mengenai entiti ini.

“Ini termasuklah dari bagaimana terjadinya entiti ini hinggalah ke perwatakannya. Ada yang kata Pocong ni melompat-lompat dan ada juga yang mengatakan ia bergerak dengan cara berguling dari bumbung rumah ke rumah. Penampakannya sahaja boleh membuat seseorang terigau-igau,”ujar Aidil lagi.

Sebagai pengacara rancangan tersebut pula, Bob Ringgo memberitahu bahawa siri itu bukan bertujuan untuk menakutkan siapa-siapa.

“Ia hanyalah untuk pengetahuan dan pembelajaran. Sebagai Muslim sendiri kita diajar bahawa dunia ghaib itu memang ada, malah kita sendiri beramal pada yang ghaib dan tidak dapat kita lihat, tetapi kita percaya pada kuasa Yang Maha Esa. Mungkin ada yang tidak percaya pada kisah hantu dan seumpamanya, tapi apa pun peringatan saya melalui rancangan ini adalah kita tidak boleh terlalu takut atau terlalu takbur dan berani juga kala berhadapan dengan fenomena seperti ini,” ujar Bob menutup bicara.

jtl014_corrected_kemunculan-pertama-salah-satu-daripada-watak-watak-hantu-yang-dipersembahkan-di-dalam-siri-jtl

Jadi buat anda penggemar kisah seram jangan lupa saksikan episod pertama Jangan Tutup Lampu dengan kisah ‘Hantu Kebaya Merah’ di laman sesawang Suria @ suria.my/jangan-tutup-lampu/ bermula Khamis ini, 7 Disember 2017 jam 9 malam.