Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 11th, 2017          |          Kategori : Buletin

“Kalau Serius Inginkan Saya, Masuk Meminang” – Green Light Dari Elfira Loy

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon yang memiliki kening tebal, Elfira Loy! Baru-baru ini El ada memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan berumah tangga walaupun masih belum mempunyai lelaki yang sesuai.

Kata empunya badan ini lagi, kebanyakan lelaki yang cuba mendekati tidak berjaya membuka pintu hatinya untuk dijadikan sebagai teman istimewa.

“Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu. Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta.”

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir daripada netizen yang beranggapan bahawa sikap kerja keras yang ada dalam dirinya membuatkan dia lupa untuk bercinta seperti wanita biasa.

“Ramai orang cakap saya terlalu kerja kuat untuk kejar duit hingga tidak mahu bercinta. Tapi cinta tidak akan datang pun kalau saya duduk sahaja di rumah, lebih baik saya bekerja.”

Jodoh, ajal dan rezeki semuanya terletak ditangan-NYA. Siapalah kita kan untuk menentukan nasib seseorang itu. Manalah tahu tiba-tiba tahun ini dapat peluang untuk makan nasi minyak El kan? Hehe. Apa-apa pun selamat maju jaya untuk El!

 

Sumber : mStar