Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 15th, 2017          |          Kategori : Terkini

Khai Bahar Tersentuh Apabila Pesakit Kritikal Mengenalinya

Baru-baru ini Suria telah menganjurkan satu lawatan amal ke wad kanak-kanak Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sempena meraikan insan yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan yang mulia ini.

Kru serta penyampai radio Suria telah bergabung bersama beberapa selebriti terkenal tanah air antaranya Khai Bahar, Wany Hasrita, Tajul, Johan Asaari, Bella Nazari dan Kumpulan Nastia untuk melawat kanak-kanak yang dirawat di sana.

screen-shot-2017-06-15-at-3-38-51-pm

Khai Bahar sewaktu ditemui berkata, ini adalah pengalaman pertamanya melawat insan kurang bernasib baik di hospital sejak bergelar artis.

“Khai bersyukur dan berterima kasih kepada Suria kerana menjemput Khai untuk menyertai acara ini. Sejujurnya Khai amat tersentuh melihat kanak-kanak yang sakit di sini.

whatsapp-image-2017-06-14-at-5-40-05-pm

Paling menyentuh hati Khai, apabila ada seorang pesakit yang menghidapi penyakit sawan dan koma hampir tiga bulan. Khai diberitahu ibunya bahawa anaknya meminati Khai dan sering menonton video yang Khai muatnaik menerusi aplikasi Smule”, luahnya.

unnamed

Kru Suria juga berkesempatan melihat sendiri suasana yang memilukan hati di antara Khai, adik Muhammad Danish dan ibunya saat mereka dipertemukan.

Tumpah juga air mata kami apabila melihat anak yang terlantar sakit dan tidak berdaya cuba sedaya-upaya untuk bercakap dengan artis yang diminatinya.

Walaupun sudah tidak mampu bercakap, adik Danish tetap memaksa diri untuk berborak bersama Khai sehinggakan ibunya dan Khai terpaksa memintanya supaya tidak memaksa diri.

screen-shot-2017-06-15-at-3-39-15-pm

Begitulah hebatnya penangan Khai Bahar. Rata-rata kanak-kanak dan penjaga di wad berkenaan hampir kesemuanya mengenali Khai. Saat melihat wajah Khai berada dihadapan mereka, lantas senyuman terukir di wajah masing-masing.

Semoga dengan kunjungan Suria bersama Khai Bahar dan rakan-rakan selebriti yang lain memberikan sedikit keceriaan selepas mereka berhempas pulas menahan derita penyakit yang di alami.

screen-shot-2017-06-15-at-3-34-39-pm

Tiada apa yang mampu kami berikan, cuma doa yang setulus ikhlas supaya anak-anak yang kurang bernasib baik ini diberikan kesembuhan serta keceriaan oleh Yang Maha Esa.