Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 12th, 2017          |          Kategori : Terkini

Koleksi Fesyen Mak Cun di Vogue Italia!

whatsapp-image-2017-07-12-at-11-40-56-am

Jika sebelum ini Elfira Loy mendapat perhatian majalah fesyen antarabangsa iaitu Vogue (versi Amerika), terbaru pakaian Muslimah koleksi Mak Cun pula dipaparkan di laman sesawang Vogue Italia (versi Itali).

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pemilik jenama Mak Cun, iaitu pengarah serta pelakon popular Erma Fatima.

Erma yang baru-baru ini berada di Torino, Itali untuk mengambil bahagian dalam Torino Fashion Week bersyukur di atas promosi yang diberikan itu dengan meninggalkan kapsyen “Terima Kasih Allah.”

Sewaktu berada di minggu fesyen antarabangsa itu, Erma telah memperkenalkan himpunan terbaru jenama Mak Cun yang dimilikinya.

whatsapp-image-2017-07-12-at-11-44-49-am

Dan menurut laman Instagramnya, Erma juga sempat mengadakan sesi penggambaran untuk  koleksi pakaian tersebut. Kami akan kongsikan sebahagian daripada koleksi Mak Cun di ruangan gaya kami minggu ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Mak Cun. Kami tumpang bangga sebagai rakyat Malaysia. Tak sangka dari Kodiang masuk Vogue Italia!

Untuk lebih banyak berita hiburan klik di sini