Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 12th, 2017          |          Kategori : Buletin

Luahan Cucunda Almarhum Sultan Kedah di Media Sosial Menyentuh Jiwa Netizen

whatsapp-image-2017-09-12-at-3-47-38-pm

Kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam benar-benar meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia.

Ramai yang menyampaikan ucapan takziah dan doa lewat laman media sosial masing-masing buat satu-satunya Sultan yang sempat bergelar Yang DiPertuan Agong selama dua kali sepanjang hayatnya.

Namun antara posting yang paling popular di laman media sosial sudah tentulah posting nukilan cucundanya sendiri Raja Sarina Iskandar. Posting pertamanya di laman Instagram semalam yang dinukilkan di dalam bahasa Inggeris menyentuh perasaan ramai pembaca.

whatsapp-image-2017-09-12-at-3-56-10-pm

Raja Sarina telah mendedahkan sisi Almarhum nendanya yang tidak diketahui ramai dan bagaimana nendanya sanggup melepaskan waktu makan semata-mata untuk berlatih ucapannya. Malah beliau juga memberitahu bahawa nendanya sanggup melakukan tanggungjawab untuk bertemu Perdana Menteri dan orang kenamaan lain kemudian kembali ke wad hospital dengan pelbagai tiub yang dimasukkan semula ke badannya demi kesihatan.

whatsapp-image-2017-09-12-at-3-56-10-pm-1

Begitulah pengorbanan seorang Sultan sejati yang berjiwa rakyat.

Kami di Suria mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.