Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 16th, 2017          |          Kategori : Terkini

Lupakan Fattah, here comes Alif Satar!

Fenomena baru drama Melayu dikatakan bakal melanda negara apabila dua pelakon popular iaitu Neelofa dan Alif Satar akan digandingkan sebagai hero dan heroin drama terbaru, Red Velvet.

Alif nyata teruja dengan gandingan ini lebih-lebih lagi apabila mengetahui Neelofa sendiri yang mahu bergandingan bersamanya.

162044rx9lt9w0tftzlwgx

Lebih teruja lagi apabila Aliff memberitahu Red Velvet adalah sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang lebih menarik dan berkualiti.

“Sejujurnya saya tidak kisah dengan siapa saya berlakon, asalkan saya dapat naskah yang berkualiti.

Apa-apa pun saya teruja untuk melakukannya kerana sudah tiba masanya kita tampil dengan drama berkualiti serta orang-orang yang berkualiti di kaca TV”, jelasnya.

alifneelofa

Sebelum ini Alif dan Neelofa masing-masing pernah mencetus fenomena luar biasa dengan drama lakonan mereka. Jika Alif meledak dengan Dia Semanis Honey, Neelofa pula meletup dengan Suri Hati Mr Pilot.

Pastinya gandingan kali ini dinantikan peminat mereka berdua, terutamanya peminat Neelofa kerana sebelum ini beliau pernah menolak tawaran berlakon drama Hero Seorang Cinderella yang akhirnya dijayakan oleh Nur Fazura.

Yang pastinya Suria tak sabar nak melihat gandingan Alif dan Neelofa. Pasti manis bersemut macam Red Velvet juga. Agak-agaknya dah ada ke hashtag untuk mereka berdua? #Alofa barangkali?

Sumber : Astro Gempak

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.