Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 14th, 2017          |          Kategori : Trending

Mas Idayu Digelar Nenek Lampir Oleh Netizen Indonesia

Semalam tular di media sosial klip video Mas Idayu yang memarahi peserta D’Academy Asia dari Malaysia iaitu Baby Shima.

Dalam video itu, jelas kelihatan Mas Idayu yang merupakan juri D’Academy Asia 3 begitu beremosi memberi komen tentang persembahan Baby Shima yang kurang memuaskan.

Disebabkan itu ramai netizen yang menghentam Mas Idayu. Kebanyakan netizen sama ada dari Indonesia atau Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Mas Idayu menegur Baby Shima yang disifatkan sebagai memalukan dan menjatuhkan maruah.

Malah ada netizen dari Indonesia yang menggelarkan Mas Idayu sebagai nenek lampir selepas menonton ‘peristiwa’ yang membuatkan ramai penonton tergamam itu.

screen-shot-2017-11-14-at-2-27-22-pm

Mas Idayu memang terkenal dengan sifat lantang dan jujur dalam memberi komen. Mungkin Mas hanya mahu Baby Shima menjadi yang terbaik. Apa-apa pun SURIA ucapkan semoga berjaya buat Baby Shima yang semakin popular di Indonesia.