Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 5th, 2017          |          Kategori : Buletin

Menangi Kemunculan Istimewa Faizal Tahir di Hari Perkahwinan Anda Sekarang!

thumbnail

Bila sebut saja nama Faizal Tahir pasti sudah ramai mengenalinya dengan hasil karya beliau yang mantap dan lagu yang merdu menusuk hati si pendengar kerana setiap ciptaan lagu-lagu beliau juga tidak pernah  mengecewakan. Faizal Tahir, amat dikenali sebagai salah seorang penerbit mahupun pencipta yang ingin melakukan pembaharuan dan kelainan dalam setiap muzik baharu ciptaannya.

Kini, beliau tampil dengan single terbaharunya ‘Menang’, sebuah lagu hasil ciptaan beliau sendiri bersama Mike Chan dan Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, lalu sedia menerima lamaran kekasih hati yang menerima kekurangan pasangan seadanya sehingga ke akhir hayat sebagai peneman hidup.

Teristimewa buat peminat Faizal Tahir lagu ‘Menang’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox. Ini pautan untuk lagu ‘Menang’ di digital platform: https://wmm.lnk.to/MenangFT

Selain itu para peminat bertuah yang bakal melangsungkan hari perkahwinan juga berpeluang memenangi sebuah kemunculan khas dan istimewa daripada Faizal Tahir sendiri di hari bahagia mereka jika mereka mengikuti pertandingan ‘Menang’ ini.

ft-pic-1

Para peserta hanya perlu memuatnaik gambar buatan sendiri di Instagram atau Facebook berlatarbelakangkan lagu ‘Menang’ serta slogan “Saya nak kejutan dari Faizal Tahir di Majlis Perkahwinan ini kerana.. ” dengan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Sertakan juga #MenangFT sambil mengikuti dan tag Instagram @warnermusicmy . Pastikan akaun Instagram dan Facebook tidak private dan hanya satu pemenang akan dipilih! Cepat tunggu apa lagi? Bila lagi nak lihat Faizal Tahir di hari bahagia anda?

Tarikh tutup pennyertaan adalah 11 Disember 2017