Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 8th, 2017          |          Kategori : Buletin

Menangi Tiket Menonton ‘Star Wars:The Last Jedi’ Bersama Popcorn Suria

star-wars-poster

Adakah anda peminat siri filem Star Wars? Jika ya, dan anda ingin memenangi tiket percuma untuk menonton filem Star Wars terbaru yang berjudul The Last Jedi, ini peluang anda.

Bagi pengikut setia Suria, anda pasti sudah tahu bahawa kami telah bekerjasama dengan pihak pawagam MBO Cinemas untuk menerbitkan rancangan atas talian bertajuk “Popcorn Suria” yang diacarakan oleh salah seorang penyampai Suria iaitu Fizi Ali.

 

star-wars-poster-2

Di Popcorn Suria Fizi akan menonton sebuah filem baru setiap minggu dan akan mengulas filem tersebut mengikut pandangannya sendiri dalam setiap episod. Siri Popcorn Suria telah mula dilancarkan pada 27 Oktober 2017 dan sempat memaparkan beberapa filem popular seperti Geostorm, Thor : Ragnarok, Justice League, Only The Brave, Pengabdi Setan, Coco, Daddy’s Home 2 dan bakal diakhiri dengan Star Wars : The Last Jedi.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Suria, kami ingin menghadiahkan kepada para pendengar serta pengikut media sosial kami, 10 keping atau lima pasang tiket untuk menonton filem Star Wars: The Last Jedi bersama-sama dengan beberapa penyampai Suria lain.

whatsapp-image-2017-12-07-at-11-12-54

Walau bagaimanapun lima pasang tiket ini hanya akan diberikan kepada lima pemenang pertama yang mengirim mesej (Direct Message) “popcorn suria” ke akaun Instagram @suriamalaysia . Majlis ini juga akan dihadiri oleh teman-teman media, dan juga beberapa orang selebriti popular.

Tapi sekiranya anda terlepas peluang ini, jangan risau. Anda masih boleh memenangi tiket untuk menonton filem tersebut dengan mengikuti segmen Suria Pagi dari 11 hingga 18 Disember 2017.

logo_popcorn-suria-2

Jadi tunggu apa lagi? Ini mungkin peluang anda untuk menonton Star Wars: The Last Jedi bersama dengan selebriti popular dan juga penyampai Suria! Semoga berjaya!