Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 8th, 2017          |          Kategori : Terkini

“Minggu Fesyen Kita Tak Ubah Seperti Hari Sukan Fesyen” – Datuk Rizalman Ibrahim

Minggu Fesyen Kuala Lumpur telah pun berlalu beberapa minggu lalu. Seramai hampir 150 pereka fesyen tempatan dan luar negara telah mempamerkan koleksi pakaian sedia pakai mereka.

Namun dalam 150 pereka fesyen yang mengambil bahagian, ramai juga yang tertanya-tanya kenapa tiada kelibat pereka fesyen tersohor negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Rizalman Ibrahim.

fb-rizalman-jpg2_

Sebagai pereka fesyen yang dijulang tinggi di Malaysia, pastinya peminat fesyen tanah air menantikan pertunjukan fesyen dari ‘fashion guru’ ini.

Menerusi temubual yang dilakukan bersama majalah Urban nombor 1 Malaysia, EH!, Datuk Rizalman telah menjelaskan kenapa beliau tidak lagi berminat menyertai mana-mana minggu fesyen yang dianjurkan di Malaysia.

rizalman-1

“Saya lihat arah tuju minggu fesyen kita telah berubah, dan saya fikir ia tidak dilangsungkan denagn sempurna. Satu ketika dahulu bila berlangsung minggu fesyen yang ramai diundang ialah pemborong fesyen.

“Hari ini dengan adanya media sosial, penganjur lebih suka menjemput selebriti yang dipakaikan baju percuma, kawan-kawan atau ahli keluarga untuk penuhkan tempat duduk.

Orang bersorak biarpun baju yang dipentaskan tidak cantik. Bagi saya minggu fesyen kita tak ubah sepert hari sukan fesyen”, jelas bapa kepada dua orang anak ini.

rizalman_mk4_4421

Selain terkenal sebagai pereka fesyen, Datuk Rizalman juga merupakan seorang perunding perkahwinan dan juga merupakan seorang pakar hiasan dalaman.

Sumber : Majalah EH! (Majalah Urban No 1 Di Malaysia)

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.