Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 6th, 2017          |          Kategori : Popular

Muzik Video Belum Siap, Netizen Sudah Mula Berkempen Untuk ‘Dislike’

Belum pun siap muzik video lagu terbaru nyanyian pengusaha kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat tetapi netizen sudah mula berkempen untuk ‘Dislike’ video berkenaan pabila dimuatnaik kelak.

Pada ketika ini, kedua-dua pengusaha kosmetik itu berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran muzik video lagu yang berjudul Abang Nak Tegur itu.

screen-shot-2017-12-06-at-12-22-57-pm

Sesi penggambaran muzik video itu turut dimuatnaik di media sosial dan menjadi tular.

Netizen yang melihat video itu sudah mula berkempen untuk menekan butang ‘Dislike’ pabila muzik video berkenaan sudah siap kelak.

screen-shot-2017-12-06-at-12-12-34-pm

screen-shot-2017-12-06-at-12-13-11-pmPada ketika ini. video lirik lagu berkenaan di Yotube telah mendapat lebih dari 2 juta tontonan serta 173,000 ‘Dislike’.

screen-shot-2017-12-06-at-12-25-44-pm

Aduh kenapa sampai macam tu sekali. Sepatutnya kita beri peluang dulu untuk muzik video itu siap. Mana la tahu ‘Vazz’ hasilnya nanti. Diarahkan oleh bukan calang-calang orang tau, Yusry KRU pula tu! Sama-sama kita nantikan hasilnya nanti okay.