Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 12th, 2017          |          Kategori : Terkini

Nedim Nazri Tuntut Hak Penjagaan Anak Bersama

Suami pelakon terkenal Nora Danish, Nedim Sujak Nazri Aziz telah memfailkan tuntutan hak menjaga anak secara bersama dengan bekas isterinya Nabilah Khan Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Bee Khan.

Nedim dalam status yang dimuatnaiknya di Instagram berkata, dia tidak dapat menghubungi serta bercakap dengan anaknya sendiri.

screen-shot-2017-09-12-at-11-18-56-am

Nedim turut menjelaskan bahawa dia bukannya menuntut hak penjagaan sepenuhnya tetapi mahu hak menjaga anaknya secara adil dan bersama.

Katanya lagi, dia percaya apa yang terbaik untuk anaknya itu adalah untuk berada di bawah jagaan kedua ibu bapa.

screen-shot-2017-09-12-at-11-21-49-am

Dalam luahannya itu lagi, Nedim turut memberitahu bahawa dia selalu mendengar lagu ‘You Are My Sunshine’ yang ditujukan khas buat anak kesayangannya itu untuk melepaskan rindu.

Nedim turut berjanji bahawa dia akan berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan secara adil.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.