Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 17th, 2017          |          Kategori : Trending

Neelofa Ratu Instagram Baru

Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa kini telah merampas takhta Nora Danish sebagai ratu Instagram Malaysia

Nora yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut telah kecundang di tangan Neelofa yang mengatasinya dengan jumlah pengikut sebanyak 4.9 juta.

screen-shot-2017-07-17-at-3-08-31-pmscreen-shot-2017-07-17-at-3-11-20-pm

Nama Nora Danish sudah beberapa tahun berada di kedudukan teratas sebagai pendahulu pemilik Instagram di Malaysia dengan jumlah pengikut paling tinggi.

Kedua-dua mereka begitu jelita dan popular malah tidak lekang dari pelbagai kontroversi dilihat sebagai faktor penyumbang utama penambahan bilangan pengikut di Instagram.

screen-shot-2017-07-17-at-3-18-53-pm

Sejak dari tahun lepas populariti Neelofa naik mendadak selepas beliau berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah drama lakonannya bersama Fattah Amin, Suri Hati Mr Pilot juga menjadi fenomena.

nedim_nora_wedding2_31032017

Nora Danish pula baru sahaja menamatkan zaman solonya bersama seorang duda dan kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia sebagai seorang isteri.

 

Untuk lebih bayak cerita sensasi, klik di sini.