Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 12th, 2018          |          Kategori : Trending

Netizen Keliru Dengan Kes Farid Kamil

Semalam kecoh satu Malaysia apabila pelakon dan pengarah yang baru sahaja menerima penganugerahan yang membawa pangkat Datuk iaitu Farid Kamil yang telah ditahan polis kerana bertindak agresif dengan menampar pegawai polis dan menendang orang awam.

Hasil ujian air kencing juga menunjukkan suami kepada pelakon Diana Daniel itu positif dadah jenis ganja.

Ruangan maya media sosial penuh dengan berita penahanan Farid serta dihujani dengan ribuan komen-komen dari para netizen.

Dalam ribuan kata-kata nista yang dilemparkan kepadanya, tidak kurang juga ada netizen yang keliru dengan perkara sebenar yang dilaporkan terjadi.

Ada yang beranggapan cerita yang dilaporkan tidak jelas dan sangat mengelirukan. Mereka juga tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi.

SURIA juga tidak begitu pasti apa sebenarnya yang terjadi, namun melihat keadaan farid di dalam gambar yang tersebar, kelihatan dia seolah-olah berada di dalam tekanan dan kesedihan.

Sementara itu, Diana Daniel telah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya selepas menyedari apa yang terjadi kepada suaminya.

Apa-apa pun janganlah kita menghukum dengan memberikan komen-komen yang keterlaluan terutamnya kepada isteri serta keluarga Farid. Sama-sama kita tunggu hasil siasatan daripada pihak polis.