Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 12th, 2017          |          Kategori : Trending

Netizen Pertikai Penyertaan Raja Azura Dalam Gegarvaganza 4

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm-1

Nama para peserta Gegarvaganza musim keempat baru sahaja diumumkan beberapa hari yang lalu.

Di antara 12 peserta yang diumumkan, nama pelakon serta pengacara Raja Azura turut tersenarai.

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm

Setelah diumumkan ramai juga para netizen di laman-laman media sosial yang mempertikaikan kenapa Raja Azura berada dalam senarai peserta kerana dia ‘dianggap’ pelakon dan pengacara sahaja.

Sebenarnya ramai yang mungkin tidak tahu Raja Azura sebenarnya seorang penyanyi yang berbakat dan pernah tampil dengan albumnya sendiri di penghujung tahun 90-an dulu.

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm-3

Lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Engku’, Raja Azura pernah bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Ambang Klasik dan sempat terkenal dengan lagu ‘Dan Bunga Berguguran’ yang juga judul album tersebut.

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm-4

Album terbitan komposer tersohor Manan Ngah itu walau bagaimanapun tidak sempat menjulang nama Kak Engku sebagai penyanyi ke tahap yang tinggi.

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm-2

Dan buat yang pernah menonton filem pertama arahan Erma Fatima, iaitu Jimi Asmara pasti ingat aksi Raja Azura yang menyanyi sewaktu memegang watak seorang penyanyi kabaret.

whatsapp-image-2017-10-12-at-12-36-56-pm-5

Jadi buat anda yang tidak tahu akan kehebatan suara Raja Azura, nantikan persembahannya di Gegarvaganza musim keempat nanti!

 

Gambar album dari mudah.my

Untuk lebih banyak perkembangan sensasi klik di sini