Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 11th, 2017          |          Kategori : Terkini

Ola Bola The Musical Bakal Menyaksikan Penampilan Teater Muzikal Pertama Altimet

award-winning-songwriter-rapper-producer-altimet

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa syarikat persembahan hiburan dan teater Enfiniti, akan mementaskan filem OlaBola dalam versi muzikal berjudul OlaBola The Musical pada Februari 2018.

l-r-brian-chan-luqman-hafidz-hassan-sani-kai-chalmers-lim-jian-wen-abimanyu-masilamani
Kiri ke Kanan-Brian-Luqman-Hassan Sani-Kai-Jian Wen-Abimanyu

Dan lebih menarik lagi nama-nama pelakon teater muzikal itu telah pun diumumkan dan salah seorang daripadanya adalah penyanyi rap popular Altimet.

Altimet bakal memainkan watak jurulatih yang dikenali sebagai Drill Sergeant Ahmad.

Brian Chan
Kai Chalmers
Abimanyu Masilamani

Selain Altimet beberapa nama baru turut diumumkan iaitu Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong atau Tauke, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar serta Chris atau ‘Kai’ Chalmers sebagai Eric Yong.

Luqman Hafidz

Selain muka-muka baru beberapa pelakon asal filem tersebut juga akan turut serta menjayakan muzikal ini dan antaranya adalah Muhd Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen yang akan memainkan watak Ahmad Ali serta Ong Tiam Cai.

OlaBola The Musical akan dipentaskan di Istana Budaya dari 8 Februari 2018 di bawah arahan Tiara Jacquelina.