Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 28th, 2016          |          Kategori : Buletin

“Pakai Coli Atau Tak, Tetap Akan Kelihatan Begitu” – Raysha Rizrose –

Raysha Rizrose berdepan dengan kritikan yang cukup hebat apabila dia tampil seksi dengan gaun panjang tanpa lengan baru-baru ini. Penampilan yang ditonjolkan olehnya mendapat perhatian netizen.

Ia terjadi apabila gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Nelydia ketika di Anugerah Skrin 2016 menampakkan seakan-akan beliau tidak memakain coli dan Raysha tidak mengambil kisah tentang segala kritikan itu.

“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya. Ramai juga mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal, kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu. Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir.”

Gambar itu sememangnya mencertuskan kemarahan netizen apabila ia seakan-akan keterlaluan bagi seseorang yang beragama Islam.

Sumber : Harian Metro