Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 30th, 2016          |          Kategori : Buletin

Pesanan Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim Terhadap Muzik Video Dan Lagunya

Pemergian Allahyarham Tan Sri SM Salim sememangnya sangat memberi kesan terhadap industri muzik tanah air dan pencinta lagu-lagu Melayu asli. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Disember 2016, jam 5.44 petang di kediaman anaknya di Ukay Perdana.

KUALA LUMPUR 20 OCTOBER 2016. Anak Tan Sri SM Salim, Shamsul Salim, 51 di Ukay Perdana. STR/OWEE AH CHUN.

Menurut anak keenam Allahyarham, Sheikh Shamsul, beliau memberitahu arwah ayahnya pernah berpesan kepadanya supaya semua lagu dan video muzik Allahyarham tidak dimainkan selepas ketiadaannya. 

“Saya pernah cakap ayah adalah public figure. Jadi, kalau tersebar berita dia jatuh pun, orang akan datang. Saya tidak ada hak untuk halang media berhenti memutarkan lagu dan muzik video dia.”

image_3

Sheikh Shamsul juga tidak tidak marah apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab berkongsi berita kematian ayahnya sebelum beliau menemui ajal.

“Semua orang nak jadi yang pertama. Terpulang pada individu untuk mencari yang sahih dengan tidak. Kalau tidak benar, biar dia jawab di sana nanti.”

image_4

Beliau juga sempat berkongsi detik-detik terakhir Allahyarham bahawa ayahnya akan terjaga beberapa kali dan meminta minuman pada awal pagi sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya disisi isteri dan anak-anaknya. 

“Sepanjang malam tadi, saya ada di sisinya. Ayah terjaga kira-kira jam 3 pagi, diikuti 4.30 pagi dan 5.45 pagi kerana meminta air. Saya beri ayah minum air Zam Zam. Jam 6 pagi tadi saya nampak denyutan nadinya kembali normal sebelum menurun ke paras tidak normal dua jam kemudian.”

Kemerduan suara dan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri SM Salim semestinya akan dirindui dan sentiasa menjadi pengubat rindu pencinta lagu-lagu Melayu asli. Kami di SURIAfm mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman, amin.

 

Sumber : Berita Harian