Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 21st, 2017          |          Kategori : Popular

Priyanka Chopra Berasa Tenang Mendengar Azan

Baru-baru ini kecoh di India apabila penyanyi dari Bollywood, Sonu Nigam telah membuat kenyataan kontroversi di Twitter miliknya dengan menyelar laungan azan yang berkumandang gara-gara tidurnya terganggu.

pictures-of-sonu-nigam

Walaubagaimanapun kenyataannya telah menimbulkan kemarahan dan mendapat kecaman hebat terutamanya dari komuniti beragama Islam.

sonu1

sonu2

Berikutan itu, satu video lama temuramah bersama bintang terkenal Bollywood, Priyanka Chopra yang memuji laungan azan telah menjadi viral.

Dalam satu temubual ketika mempromosikan filemnya pada tahun 2016, Priyanka telah ditanya apakah perkara kegemarannya sepanjang hari penggambaran.

1453323208-elle-priyanka-chopra-index

Priyanka yang kini sedang mencipta nama di Hollywood berkata, ketika beliau selesai mengemas selepas tamat penggambaran, beliau gemar duduk di beranda tempatnya dan mendengar laungan azan dari enam masjid yang berdekatan sewaktu matahari terbenam.

Bekas ratu cantik dunia itu menjelaskan, beliau berasa sesuatu yang aneh dan sangat menenangkan sewaktu mendengar laungan azan.

Sumber : Hindustan Times