Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  July 17th, 2017          |          Kategori : Popular

Putera Hati Tunku Tun Aminah

Puteri kesayangan rakyat Johor Darul Takzim yang juga satu-satunya Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah MAimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahan pada 14 Ogos ini bersama jejaka bernama Dennis Muhammad Abdullah.

screen-shot-2017-07-17-at-2-10-13-pm

Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

dennis16-ol - Former Tampines Rovers marketing manager Dennis Verbaas Credit: CHRIS HARVEY

Beliau seorang yang gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Dennis juga dipercayai pernah berkhidmat sebagai seorang model beberapa tahun dahulu berdasarkan gambar-gambar yang terdapat di carian Google dibawah nama ‘Dennis Verbaas’.

Exclusively shot by Vanessa Caitlin for Billionaire.comscreen-shot-2017-07-17-at-12-40-51-pm

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

screen-shot

Semoga hubungan Puteri mustika hati rakyat jelata negeri Johor ini bahagia selamanya.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.