Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 19th, 2017          |          Kategori : Hiburan

Rewang Suria Di Kampung Baharu Lanjut Meriah!

Baru-baru ini Suria telah menganjurkan program Rewang Suria di Masjid As-Syakirin Kampung Baharu Lanjut, Sepang Selangor. Program ini turut dijayakan bersama Menara Kuala Lumpur berserta dengan penduduk-penduduk Kampung Baharu Lanjut.

Rewang Suria ini adalah inisiatif Suria untuk mendekatkan diri dengan pendengar-pendengar Suria terutamanya yang berada di kawasan luar Bandar.

screen-shot-2017-06-19-at-5-29-59-pm

Program yang bermula dari jam 12 tengah hari itu telah menghimpunkan lebih 350 orang penduduk kampung bersama dengan penyampai-penyampai Suria serta selebriti tanah air.

Antara selebriti yang terlibat adalah Ronnie Hussein, Kumpulan Pesawat, Kumpulan Chilok, Kamal Sumbu dan ramai lagi.

screen-shot-2017-06-19-at-5-30-12-pm

Kemeriahan bergotong-royong beramai-ramai menyiapkan juadah berbuka pastinya antara aktiviti yang menjadi perkara wajib sewaktu rewang. Masing-masing cuba menunjukkan kepakaran masing-masing dalam menyediakan juadah istimewa pada hari itu.

screen-shot-2017-06-19-at-5-29-45-pmPenyampai Suria, Abang Brian yang merupakan bekas peserta Masterchef Malaysia telah menyediakan lauk Ayam Masak Merah pada hari itu. Sebanyak 50 ekor ayam digunakan untuk menghasilkan hidangan Ayam Masak Merah yang mendapat pujian dari seluruh penduduk kampung.

19366294_1436341059757838_2447395417707839631_n

Kumpulan Menara Kuala Lumpur turut memasak hidangan bubur lambuk istimewa hasil dari air tangan Chef Mohd Zain Othman.

19366147_1436348529757091_1540965643500290715_n

Aktiviti paling menarik pada hari itu ialah apabila kumpulan Suria mengelilingi kampung berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengagihkan bubur lambuk. Kecoh jadinya apabila penduduk kampung terkejut melihat kehadiran penyampai radio kesayangan mereka berada di hadapan pintu rumah.

19225123_1436351926423418_2608478446788764775_n19225784_1436350833090194_1596370252383413430_n19260692_1436348743090403_8235089534798149484_n19149106_1436347499757194_6789577281343665872_n

Sewaktu berbuka, Nasi Ambeng menjadi juadah utama. Kalau dah namanya Nasi Ambeng, pastinya makan beramai-ramai di dalam dulang. Memang sedap makanan yang dimasak penduduk kampung ini.

19225859_1436351416423469_6616490927549956542_n19399015_1436351803090097_2460584094448882843_n

Kampung Baharu Lanjut ini juga sangat cantik dan tersusun. Persekitarannya yang bersih, aman dan udara yang segar membuatkan ramai di antara kami rasa seperti tidak mahu balik.

Selepas selesai solat terawikh, bertempat di warung KBL Darters kumpulan Suria diajak bertarung bermain ‘Dart’ yang sememangnya terkenal di kampung ini.

19225590_1436353863089891_1587323941332253256_n

Memang meriah apabila penyampai-penyampai Suria harus bertanding bersama penduduk kampung yang sudah arif dengan permainan ini.

19225825_1436356769756267_2929119861532374989_n

Kami turut mendapat undangan sekali lagi oleh penduduk Kampung Baharu Lanjut untuk melakukan aktiviti seumpamanya di masa akan datang.

Kepada penduduk Kampung Baharu Lanjut, semoga kita berjumpa lagi dan terima kasih di atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi kepada Suria.