Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 30th, 2017          |          Kategori : Popular

Ruhainies Tak Suka Lelaki Pakai Selipar

Pelakon jelita, Ruhainies tidak suka dengan lelaki yang suka memakai selipar. itu adalah antara salah satu ciri untuk menjadi teman lelaki Ruhainies.

Kata Ruhainies, dia seorang yang sangat menjaga penampilan diri dan mahukan seorang lelaki yang sama seperti dirinya.

screen-shot-2017-11-30-at-12-54-34-pm

“Selama dalam industri, pernah nampak tak Hanies kat luar pakai selipar? Hanies memang tak suka pakai selipar. kalau Hanies ada teman lelaki pun, Hanies tak nak dia pakai selipar kecuali kalau dia pergi solat Jumaat”, jelasnya.

Tambah Hanies lelaki dia sukakan lelaki yang bersih dan menjaga penampilan tetapi tidaklah terlalu sempurna.

screen-shot-2017-11-30-at-12-56-53-pm

Ruhainies juga sukakan seorang lelaki yang memiliki sifat ‘Macho’ dan sentiasa berbau wangi.

“Hanies nak bagi tips dekat lelaki di luar sana, wajah tak kacak tak apa, tapi kalau mereka wangi pasti perempuan akan pandang”, katanya.

screen-shot-2017-11-30-at-12-59-06-pm

Wah selepas ini kalau siapa nak jadi teman lelaki Ruhainies, kenalah ikut tips yang diberikan oleh Ruhainies ya. beruntung siapa yang dapat Ruhainies. Dah la cantik, manja, penyayang. Selamat mencuba! Eh!