Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 11th, 2017          |          Kategori : Buletin

Rumah Tangga Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bergolak Gara-gara ‘Kekasih’

Rumah tangga pasangan comel, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hampir musnah apabila ada peminat yang tampil dengan pengakuan bahawa beliau adalah kekasih Wawa Zainal.

Hal ini bermula apabila lelaki itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril sehingga menyebabkan pasangan itu bergaduh besar.

“Ada peminat hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami. Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya. Saya kenal suami saya bagaimana orangnya dan perasaan cemburu atau merajuk itu sudah tiada lagi dalam fasa sekarang.”

Kontroversi yang melanda rumah tangga pasangan ini bukanlah perkara baru apabila sebelum ini ada gosip liar yang mengatakan hubungan mereka sedang bergolak kerana sikap cemburu buta Wawa.

Komunikasi sangat penting dalam sesebuah perhubungan terutamanya apabila sudah sah menjadi suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.

 

Sumber : mStar