Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 19th, 2017          |          Kategori : Popular

Sarah Danielle (Gadis Wechat) Tolak Tawaran 20k

Gadis yang menjadi tular gara-gara mendedahkan perbualannya bersama aktor Shukri Yahaya, Sarah Danielle mengakui ada menerima tawaran sebanyak RM20, 000 untuk menjadi model.

Namun, gadis yang berusia 22 tahun telah menolak tawaran berkenaan kerana tidak mahu mengejar glamor dan popular semata-mata.

screen-shot-2017-06-19-at-12-54-16-pm

“Selepas apa yang berlaku, saya ada menerima beberapa tawaran, tetapi setakat ini saya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak. Kalau betul saya nak kejar glamor dah lama saya terima”, jelasnya.

Menurut Sarah lagi, ada juga pihak yang berminat untuk menggunakan khidmatnya melakukan ‘IG Review’ seperti mana kebanyakan ‘Instaceleb’ yang lain.

screen-shot-2017-06-19-at-12-53-03-pm

Sarah turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak produksi yang memintanya memulangkan semula bayaran selepas isunya bersama Shukri menular di media sosial.

Sebelum ini Sarah pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk sebuah rancangan televisyen.

screen-shot-2017-06-19-at-12-53-34-pm

Kata Sarah lagi, selepas apa yang berlaku privasi dirinya dan keluarganya sering diganggu. Setiap hari ada sahaja panggilan dari individu yang tidak dikenali.

Sarah kini mahu menumpukan perhatian kepada pelajarannya dalam bidang seni bina serta perniagaannya sendiri.

Untuk lebih banyak berita sensasi sila klik di sini