Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 10th, 2017          |          Kategori : Terkini

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya” – Joy Revfa

Semalam menerusi portal akhbar tempatan Berita Harian Online telah melaporkan tentang temuramah mereka bersama isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengenai isu rumahtangga mereka yang dikatakan sedang dilanda badai.

Joy yang juga pengusaha barangan kosmetik berkata, kesibukan kerja masing-masing membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.

screen-shot-2017-08-10-at-11-24-33-am

“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).

“Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” katanya.

Memetik laporan BH Online, Joy dikatakan ada memberi bayangan seolah-olah ada sesuatu sedang berlaku di dalam rumahtangganya apabila telah memuatnaik klip video lagu Despacito dalam bahasa Melayu.

screen-shot-2017-08-10-at-11-26-28-am

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.”

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..’

Disebabkan lagu dan status itu, ramai netizen sudah mula membuat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka.

Malah jika dilihat akaun Instagram kedua-dua mereka, tiada gambar mereka bersama.

screen-shot-2017-08-10-at-11-16-34-amJoy dan Hafiz telah dihijabkabulkan pada bulan Mei yang lalu. Suria mendoakan supaya hubungan mereka berdua dapat diperbaiki dan bahagia sehingga ke Jannah.

Sumber : BH Online